Palang ID/IC, Isi Borang & Tukar ke PDF
Lindungi salinan MyKad/IC, klik terus pada borang PDF untuk taip, tandatangan digital, atau tukar gambar kepada PDF dengan selamat di dalam pelayar anda.
Salinan Dokumen + Palang Keselamatan (Depan & Belakang)
Muat naik gambar JPG/PNG atau fail PDF (depan dan belakang) dokumen — Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport atau dokumen lain. Sistem susun auto pada saiz kad standard dalam 1 muka surat A4 — kapsyen boleh disunting dan saiz kad boleh dilaras.
Tip: ambil gambar secara melintang, kad memenuhi bingkai, cahaya terang. Boleh juga muat naik fail PDF (skrol ke halaman yang betul).
Pratonton ini sama dengan hasil PDF/JPG — tukar kapsyen atau skala dan ia dikemas kini serta-merta. 🖐️ Seret dalam pratonton untuk mengalihkan palang.
Had naik/turun dan kiri/kanan dikira daripada panjang teks, sudut & bilangan baris — palang tidak akan menutup kapsyen kad sebelah.
Pilih Kad … sahaja jika sistem permohonan minta gambar IC sahaja (bukan helaian A4). Kad dilukis pada saiz sebenar 85.6 × 54 mm dengan jidar putih nipis.
JPG/JPEG ialah format yang paling banyak diterima sistem permohonan online. PNG lebih tajam tetapi saiz fail lebih besar.
Kad dilukis pada saiz sebenar MyKad (85.6 × 54 mm) di atas A4 · pratonton muncul sebelum simpan · tekan ✂️ Laraskan selepas ambil gambar untuk potong ikut kerangka saiz kad.
Seret & lepas fail dari komputer juga boleh · Fungsinya sama ada dipasang atau tidak.
Sumbangan
Sokong PDFEasy — belanja kopi ☕
Alat ini percuma sepenuhnya untuk kegunaan harian anda. Jika ada rezeki lebih dan sudi menaja secawan kopi untuk menampung kos penyelenggaraan, amatlah dihargai. Jika tidak pun tiada masalah langsung, silakan guna sepuas-puasnya! 😊
DuitNow QR · Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tekan QR untuk besarkan & imbas dengan app bank / e-wallet anda. Nama penerima akan dipaparkan selepas QR diimbas.
Cara guna PDFEasy (3 langkah)
Pilih fail atau ambil gambar
Muat naik PDF borang, salinan MyKad/IC, atau rakam gambar terus dengan kamera telefon.
Laras pada skrin
Letak palang keselamatan pada IC, taip isi borang, atau susun gambar (kolaj 1–10 gambar satu halaman A4).
Semak pratonton, kemudian simpan
Pratonton dahulu supaya tak salah, kemudian muat turun, kongsi ke WhatsApp/Telegram, atau cetak.
Soalan lazim
Adakah fail saya dimuat naik ke pelayan?
Tidak. Semua pemprosesan berlaku di dalam pelayar telefon/komputer anda sendiri (100% client-side). Fail tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan, jadi dokumen rasmi anda kekal peribadi.
Boleh guna tanpa internet?
Boleh, selepas kali pertama dibuka. Pasang PDFEasy ke skrin utama (butang 📲 Pasang App) dan ia akan berfungsi walaupun tiada data — sesuai ketika berurusan di kaunter atau kedai.
Bagaimana nak letak palang (watermark) pada salinan IC?
Pilih alat Palang ID/IC, muat naik salinan IC, taip teks tujuan (contoh “UNTUK URUSAN PINJAMAN SAHAJA” atau preset CUCKOO/BANK/KERJA), laraskan warna/kelegapan, kemudian simpan. Palang akan dilukis pada setiap halaman.
Boleh susun banyak gambar dalam satu halaman A4 untuk laporan?
Boleh. Dalam alat Gambar → PDF, pilih 🧩 Kolaj A4: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 atau 10 gambar setiap halaman, lengkap dengan kapsyen setiap gambar, tajuk laporan, tarikh dan nama pegawai.
Ada alat buat gambar pasport 35mm × 50mm?
Ada. Studio Pasport membolehkan anda ambil selfie, laraskan kecerahan/kontras, pilih latar (asal/putih/biru/merah) atau auto-crop muka & baju, kemudian jana templat A4 8 keping sedia cetak.
dokumen.pdf
Sedia Disunting
Ketuk gambar untuk buka Studio Crop. Gunakan ⬅➡ untuk susun kedudukan, ↺↻ untuk putar.
Tarik kotak hijau untuk pilih kawasan · tarik bulatan penjuru untuk besarkan/kecilkan · kemudian tekan “Guna Crop”.
🧽 Bersih Sain — buang latar kertas
Ambil gambar tandatangan atas kertas putih / kelabu. Kami akan buang latar dan jadikan dakwat lutsinar (PNG).
🔳 Penjana Kod QR
Jana QR untuk pautan WhatsApp, laman web, teks promosi atau kad perniagaan digital.
Belum dijana.
🔗 Cantum PDF (Merge)
Muat naik beberapa fail PDF, susun kedudukan (tarik ikon ☰ atau guna ⬆⬇), kemudian cantum jadi satu fail.
✂️ Pisah PDF (Split)
Muat naik satu PDF, taip julat muka surat (contoh: 1,3-5) untuk diekstrak jadi fail baharu.
📸 Studio Pasport Pro (35mm × 50mm)
Ambil gambar atau muat naik → laras kecerahan & kontras supaya nampak bersih → jana templat A4 (8 keping) sedia cetak.
Nisbah rasmi pasport Malaysia (35mm × 50mm) · seret gambar untuk laraskan kedudukan muka
🎨 Latar Belakang(pilihan)
Auto Crop tidak mengubah gambar — ia hanya mengezum supaya muka & baju memenuhi bingkai.
Templat A4 = 8 keping (4 lajur × 2 baris) + garisan potong halus · gambar asal tidak diubah, tidak ada pemotongan latar automatik.
📐 Ubah Saiz Gambar (JPEG / PNG / WEBP)
Kecilkan dimensi (lebar & tinggi dalam piksel) dan kualiti gambar terus dalam pelayar — sesuai untuk gambar borang, lampiran WhatsApp, laman web atau cetakan. Tiada muat naik ke pelayan.
Kualiti rendah = fail lebih kecil (untuk JPEG/WEBP). PNG tidak menggunakan tetapan ini — kecilkan dimensi atau tukar ke JPEG.
Pilih gambar untuk mula.