PDF PDFEasy pdf.payedlegacy.my

TENTANG PDFEASY

Alat PDF percuma untuk urusan harian — dibina supaya anda tidak perlu memuat naik dokumen peribadi ke mana-mana pelayan.

Kenapa Alat Ini Dibina

Ia bermula dengan masalah yang sangat biasa: perlu menyerahkan salinan MyKad untuk urusan bank, kerja atau sewaan, dan kebanyakan orang tidak tahu cara menandakannya supaya salinan itu tidak disalah guna. Penyelesaian biasa — pergi ke kedai cetak atau kedai fotokopi — menelan masa, kos, dan kadangkala dokumen sensitif perlu dihantar kepada orang yang tidak dikenali melalui WhatsApp.

PDFEasy dibina untuk menggantikan jalan itu. Matlamatnya mudah: buat sendiri, dalam telefon anda, dalam masa kurang seminit, tanpa dokumen anda keluar dari tangan anda.

Falsafah: Semua Diproses Dalam Pelayar

Kebanyakan laman web "alat PDF" dalam talian berfungsi dengan meminta anda memuat naik fail ke pelayan mereka, memprosesnya, kemudian menghantar hasilnya kembali. Itu bermakna dokumen anda — salinan IC, penyata bank, kad perubatan, borang kerja — berada dalam pelayan orang lain, sekurang-kurangnya untuk seketika.

Laman ini dibina dengan pendekatan berbeza sepenuhnya:

Jika anda mahu membuktikannya sendiri, buka laman ini dengan internet, pasang ke Skrin Utama, matikan data, kemudian guna. Semua alat utama akan terus berfungsi.

Alat Yang Tersedia

Siapa Di Belakangnya

PDFEasy dibina dan diselenggara oleh pasukan Payed Legacy di bawah ERA Realtor Sdn Bhd, Malaysia. Alat ini bermula sebagai alat kegunaan sendiri, kemudian dikongsi kerana ia menyelesaikan masalah harian ramai orang.

Kami bukan pejabat cetak, bukan agensi pengesahan dokumen, dan bukan penyedia perkhidmatan undang-undang. Kami hanya pembina alat.

Bagaimana Alat Ini Dibiayai

  1. Iklan — dipaparkan di halaman, dan dipilih oleh Google, bukan oleh kami;
  2. Sumbangan sukarela — ada QR DuitNow di halaman utama bagi anda yang mahu menyokong tanpa sebarang kewajipan;
  3. Pautan afiliasi — pautan kepada beberapa perkhidmatan (hosting, platform pelaburan) di mana kami mungkin menerima komisen jika anda mendaftar.

Alat ini tidak berbayar dan kami sengaja tidak mengehadkan ciri utama untuk memaksa langganan.

Apa Yang Alat Ini Bukan

Alat Lain Dalam Ekosistem Kami

Maklum Balas

Jika ada alat baharu yang anda rasa perlu, atau pepijat yang perlu dibaiki, beritahu kami di halaman Hubungi Kami. Banyak ciri di laman ini bermula daripada cadangan pengguna.